Kata-kata Aluan
“Malaysia dijangka menjadi sebuah negara menua pada tahun 2035 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15% daripada jumlah keseluruhan rakyat. Perkara ini adalah signifikan untuk memastikan warga emas dapat mencapai penuaan yang sihat melalui amalan gaya hidup yang berkualiti.
Keunikan pada laman sesawang ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pengurusan kesihatan warga emas yang khusus dalam aspek pemakanan, fizikal, kognitif dan psikososial bahkan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Usia emas bukanlah satu kekalahan, tetapi satu kemenangan.
Oleh itu, marilah kita berganding bahu dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang terdiri daripada warga emas yang sihat, cerdas dan cergas”.
Prof Dr Suzana Shahar
Penyelidik Utama AGELESS Trial